Sukses.Kekayaan.Kemakmuran

Blog Amar Mahmood

July 3rd, 2008 at 6:27 pm

“Energy healing” PERCUMA!

SEMPENA Setahun Ulangtahun Blog ini, saya MENAWARKAN sesiapa yang berminat untuk menerima “ENERGY HEALING” SPECIAL secara GRATIS untuk isu-isu kejayaan, kekayaan atau kemakmuran. “Healing” yang saya lakukan adalah dalam bentuk “distant healing” atau “jarak jauh” di mana ia adalah salah satu method terapi energi yang akan merawat “tubuh metafizik” atau “medan energi” seseorang individu.

Kerana saya memberi tumpuan dalam bidang “personal growth” dan motivasi. Maka, saya hanya memberikan “energy healing” untuk orang-orang yang tertentu, kelompok-kelompok yang rapat, peserta kursus saya dan hanya “mereka yang memohon konsultasi” secara terus dengan saya. Bagaimanapun, memenuhi tuntutan RUKUN atau HUKUM PENARIKAN atau “Law of attraction” untuk BLOG ini, saya dengan GEMBIRA dan SENANG HATI untuk menghantar energi penyembuhan kepada mereka yang berminat. TETAPI TERHAD kepada hanya sembilan (9) individu sahaja. Maksudnya siapa cepat dia dapat.

Mulai sekarang, sesiapa yang berminat sila email terus ke : amar_sukses@yahoo.com dengan title : FREE ENERGY HEALING . Sila sertakan :-

Nama Penuh, Tarikh Lahir, Tempat tinggal dan satu impian @ matlamatyang anda sangat inginkan manifestasikan sebelum hujung tahun 2008 ini. (kalau boleh biar rasional).

MAAF..saya hanya menerima HANYA SEMBILAN yang pertama.

Healing yang akan saya lakukan adalah melalui terapi penyembuhan energi seperti REIKI. Saya akan menggunakan beberapa sistem REIKI untuk “chakra healing”, “aura cleansing”, “meridian cleansing”, “energize” kan matlamat@impian anda dan selebihnya saya serahkan pada Allah swt.

Bagi yang berjaya dalam kelompok sembilan yang pertama, saya akan membalas email anda dengan keterangan yang lebih khusus.

Moga energi kemakmuran terus mengalir buat semua.

cinta & kemakmuran
AMAR MAHMOOD
Reiki Master

July 3rd, 2008 at 11:20 am

Back to “03/07/2007 & 04/07/2007″

ARTIKEL SATU :

SALAM KEMAKMURAN BUAT SEMUA- Artikel 03/07/2007- 3:29 am

Alhamdullilah….syukur kepada ALLAH SWT kerana dengan izinNya saya dapat memulakan penulisan di sini. Ribuan terima kasih buat Sukeri.com kerana telah membantu saya dalam menyiapkan blog ini.

Buat pengetahuan anda, ini adalah blog saya yang pertama maka sudah tentu anda akan dapat melihat beberapa perubahan yang akan dilakukan pada blog ini pada masa yang terdekat. Bak kata orang tua-tua, masih dalam peringkat “trial and error”.

Apa pun, yang penting blog ini akan saya gunakaan dengan sebaiknya untuk berkongsi pengetahuan dengan anda dan akan menjadi “platform” untuk saya menyampaikan pengetahuaan terutamanya yang berkaitan tentang PSIKOLOGI SUKSES dan PEMBANGUNAN DIRI dengan menggunakan KEKUATAN atau SAINS MINDA sebagai alat untuk MENGUBAH DIRI.

Mungkin terdapat beberapa blog yang telah mendahului saya dalam memperkatakan tentang sains minda mahupun kuasa minda, tetapi percayalah pengetahuaan ini sebenarnya sangat luas dan tidak akan habis rahsianya walaupun telah melalui pelbagai tahap pembangunan melalui kelompok golongan yang telah menulis tentang kehebatan pengetahuaan ini.

Di samping itu, selain dari menggunakan KEKUATAN MINDA (MindPower), saya juga akan mengisi dan menggunakan pendekatan PSIKOLOGI ENERGI (energy psychology), KUASA EMOSI dan SPIRITUAL dalam perjalanan kita ingin mencapai kejayaan atau apa sahaja yang kita inginkan dari segi kesihatan, kekayaan, kegembiraan mahupun kemakmuran.

Menjadi VISI BLOG ini untuk “mengubah persepsi dan membuka minda masyarakat kita tentang erti kejayaan, kekayaan dan kemakmuran“. Di samping itu, blog ini akan memperkukuhkan lagi penggunaan dan pengetahuaan tentang kekuatan minda kepada masyarakat Malaysia, di samping membawa anda untuk mengenali kemampuan diri manusia yang tak terbatas sesuai dengan diri kita sebagai mahkluk kejadiaan Allah yang terbaik.

Di samping itu, saya akan memperkenalkan beberapa lagi RAHSIA KEHEBATAN yang ada pada diri manusia iaitu kuasa emosi dan kerohanian (spiritual) sebagai kekuatan kita menempuh perjalanan kehidupan setiap hari.Harapan saya, moga blog ini dapat memberi manfaat yang tak terbatas buat semua.

SALAM PERKENALAN BUAT SEMUA……

Man is what he believes…” – Anton Chekhov (1860-1904)

 

ARTIKEL DUA:

HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM……..Artikel 04/07/2007- 10:25 am

» by Amar Mahmood in: Info, News & Umum, Psikologi Sukses, Sains Minda

Personal development”, “self help”, “personal transformation” atau dalam bahasa melayunya kita biasa panggil bidang ini sebagai PEMBANGUNAN DIRI, bidang yang kadang kala juga dipanggil motivasi diri, psikologi manusia, pembangunan manusia, dan pelbagai lagi sebutan atau perkataan yang menggambarkan “perubahan seseorang individu secara positif atau berkembang menuju ke arah kebaikan”.

Pelbagai konsep atau pendekatan baik secara konvensional iaitu melalui perkataan-perkataan yang membakar semangat untuk berubah atau penceritaan kisah-kisah kejayaan meraka yang telah berjaya di dalam kehidupan. Dan kini kita dihidangkan pula dengan pelbagai lagi teknologi dalam bidang ini selari dengan membangunan pengetahuaan manusia di zaman teknologi pengetahuaan, anda pasti terkejut denan pelbagai teknik-teknik pembangunan diri yang sangat kedepan dan menjanjikan perubahan diri dengan lebih cepat dan berkesan. Anda pasti pernah membaca tentang Neuro-Linguistic Programming (NLP), Hipnoterapi (Hipnosis), Subliminal Teknologi (melalui Tape, CD dan software), ESP, Brainwave Teknologi, Psikologi Energi dan lain-lain lagi.

Sebenarnya TIDAK TIMBUL SOAL MANA YANG LEBIH BAIK ATAU LEBIH HEBAT, bergantung kepada individu tersebut untuk memilih manakah pendekatan yang sesuai atau mudah diterima pakai pada individu tersebut. Mungkin ada yang suka untuk mendengar pendekatan speaker-speaker motivasi yang akan mudah meresap dan merubah seseorang individu, ada yang suka membaca cerita-cerita hebat dari pemimpin, lagenda dunia dan sebagainya. Atau ada yang lebih suka menggunakan pendekatan seorang kaunselor atau mungkin terapi sebagai mentor atau pembantu untuk meraka berubah.

Sebagai seorang individu yang telah terlibat dalam bidang ini, saya berpegang pada falsafah “HARI INI LEBIH BAIK DARI SEMALAM DAN ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI”. Anda boleh memilih apa cara pun tetapi yang paling penting anda mesti berubah kearah positif setiap hari. Malahan, Islam sendiri menuntut pengikutnya supaya sentiasa berubah menuju ke arah kebaikan.

Wallace Wattles dalam buku beliau “The Science of Being Great” berkata;

Kesedaran untuk berubah dan berkembang tidak diberikan kepada haiwan. Ia hanya ada pada manusia sahaja dan boleh dibangunkan oleh manusia itu sendiri. Haiwan hanya boleh berubah atau berkembang dengan bantuan manusia sendiri. Tetapi manusia boleh berubah dan membangun dengan diri sendiri. Manusia sendiri mempunyai kuasa tersebut yang tak terbatas.

Matlamat kehidupan manusia adalah berubah (berkembang), seperti juga tujuan kehidupan tumbuh-tumbuhan dan pokok. Tumbuhan dan pokok berkembang secara automatik dan mengikut ukuran tetapnya. Manusia berkembang mengikut kehendaknya.”

Jadi, kita wajib membuat perubahan dalam perjalanan hidup kita sejajar dengan FITRAH KITA sebagai seorang makhluk Allah SWT yang hebat.

 

Melalui blog ini, saya akan menggunakan pendekatan sains minda sebagai alat atau ‘tool” yang pada saya amat berkesan untuk membuat perubahan. Kerana minda adalah ibarat mesin yang menghasilkan diri anda (attitude). Bagaimana ‘mesin’ disetkan , begitu juga hasil atau produk yang akan keluar iaitu mengikut ‘setting’ yang telah dibuat oleh ‘tuan’ kepada mesin tersebut. Anda boleh menjadi tuan kepada mesin tersebut atau mesin itu akan di”tune”kan oleh tuan yang lain.

Cuma mesin yang akan anda hadapi setiap hari bukan lah sebarang mesin, ia adalah “MESIN HEBAT “YANG TELAH DICIPTA OLEH ALLAH SWT DENGAN KEMAMPUAN yang sangat luar biasa sehingga ke hari ini manusia masih gagal untuk mencipta sebarang ganti mesin ini.

Semoga kita mengenali diri kita dan dengan itu kita akan dapat membawa diri kita ke arah matlamat atau impian yang hendak kita tuju dengan jayanya.

Semoga ..ESOK ADALAH LEBIH BAIK DARI HARI INI…

Amar Mahmood
Mind, Emotion & Spiritual….The Path to Prosperity”

Motivation alone is not enough. If you have an idiot and you motivate him, now you have a motivated idiot.” -Jim Rohn

If you don’t like how things are, change it! You’re not a tree.”- Jim Rohn

July 2nd, 2008 at 11:06 am

Genap SETAHUN usia BLOG ini…

TERIMA KASIH PADA YANG TELAH MEMBERI SOKONGAN DAN SUMBANGAN YANG TAK TERKIRA NILAINYA. MOGA ALLAH SWT JUA YANG MEMBALASNYA.

cinta & kemakmuran
AMAR MAHMOOD

PS: Terima kasih buat blog saudari WILMI RAFFANI  atas link terbaru dari saudari. Moga KEJAYAAN  dan INSPIRASI yang anda berikan akan MENYEMAI LEBIH BANYAK BENIH KEJAYAAN buat SEMUA!!!

June 30th, 2008 at 11:00 pm

KAMK & Pelancaran Buku “Aura Penyembuhan Reiki”

Sabtu lepas; selesai satu lagi sesi WORKSHOP KAMK. Sasaran menjadikan workshop tersebut hanya sehari sahaja (sebelumnya dua hari) dengan tujuan untuk memudahkan peserta dari jauh menyertai workshop tersebut di samping mengurangkan “cost” peserta sudah mula memberikan hasil. Beberapa peserta dari jauh seperti dari Ipoh, Kuantan dan Kota Baharu Kelantan yang hadir menyertai workshop tersebut juga mengambarkan Aura KAMK mula menjejaki hampir sebahagian besar tanahair kita.

Walaupun sebelum ini sudah ada peserta dari Sabah, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu dan Melaka yang menyertai workshop ini, TETAPI dengan menjadikan jadual KAMK sehari , sudah pasti akan mampu memberi peluang kepada lebih ramai peserta yang jauh untuk hadir menyertai worksop tersebut. Di samping itu juga, sudah ada tawaran dan jemputan untuk membawa perkongsian KAMK ini ke negeri-negeri yang lain pula..InshaAllah.

Melihat kepada perjalanan workshop KAMK ini berkembang, saya cukup OPTIMIS dengan masa depannya. PASTI dengan kekuatan yang kami tawarkan pada workshop ini akan memberikan manfaat kepada mereka yang berminat untuk mendalami apakah itu RAHSIA kehebatan POTENSI MANUSIA. Sudah pasti, menawarkan program sebegini pada “pasaran bebas” dan individu (maksudnya bukan kepada korporat dan sektor kerajaan) menuntut satu JENAMA dan KREDIBILITI yang besar untuk berkembang. Jika tidak, pasti ia agak sukar untuk dapat menarik perhatian masyarakat luar nanti.

KEYAKINAN ini tambah kuat apabila bertemu dan bersua kembali ramai Alumni KAMK yang berkongsi pelbagai cerita-cerita menarik, kegembiraan dan peristiwa-peristiwa hebat yang berlaku dengan izin Allah selepas menyertai workshop tersebut. Sebagai seorang jurulatih workshop tersebut, ia telah memberi kepuasan dan kegembiraan buat saya dan juga Master Hazil.

Semasa workshop tersebut berjalan sabtu lepas, saya sempat berbincang panjang dengan Master Hazil mengenai halatuju dan perancang ringkas harapan dan impian kami tentang KAMK. Walaupun kami jarang bertemu, tetapi banyak pekara dari segi pandangan dan pemikiran kami yang hampir sama dan senada. Maka, sabtu lepas telah menjadi satu lagi fasa baru dalam penjenamaaan dan pengukuhan jenama KAMK kepada masyarakat malaysia.

Pelancaran Buku “AURA PENYEMBUHAN REIKI” iaitu buku PERTAMA dari Master Hazil yang telah dibuat di Hotel Bluewave Shah Alam bersamaan dengan Malam Graduasi untuk Juruterapi Reiki dai IQBC sudah tentu menjadi satu lagi ARAS baru bagi bidang ini. Pelancaran buku ini telah dirasmikan oleh EN. JAAFAR LASSA, Ketua Cawangan Dasar & Pelembagaan Bahagian Perubatan Tradisional & Komplementari, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA merangkap wakil kepada PENGARAH BPTK: Dr Ramli Abd Ghani.

pelancaran buku
Bersama Orang kuat PTS Millennia- Tuan Fauzul Na’im (AkademiPenulis.Com), Master Hazil dan Ustaz Gunawan.

AURA MERAH MEMBARA yang menjadi TEMA pada malam tersebut telah menjadikan suasana malam pelancaran itu penuh dengan energi SEMANGAT, HARAPAN dan KEJAYAAN. Bagi yang sudah banyak AURA MERAH seperti Master Kaysfullah a.k.a PAK LAH, pasti akan membuatkan ia “meloncat-loncat” untuk menyemarakkan suasana malam tersebut . (sorry pak lah..ya ampun :) )

Saya TUMPANG gembira. Kehadiran buku ini akan menyerikan lagi workshop KAMK yang akan datang. Apatah lagi minggu hadapan satu lagi buku Master Hazil akan dilancarkan-AURA PERSONALITI WARNA. Semuanya sudah semakin kuat. Maka, apabila buku yang SEDANG saya tulis bersama dengan Master Hazil nanti siap (harap sebelum pESTA BUKU tahun hadapan), ia pasti akan menjadi pelengkap kepada workshop KAMK pada masa yang akan datang.

Di bawah ini adalah kata-kata penghargaan saya untuk buku AURA PENYEMBUHAN REIKI. Saya tidak mahu mengulas panjang. Lebih baik anda baca dan nilai sendiri perkongsian yang Master Hazil terjemahkan di dalam buku tersebut.

Hadirnya buku daripada Master Hazil ini tepat pada masanya kerana ‘gelombang’ penyembuhan terapi energi ini semakin kuat berkumandang di negara kita. Dengan keterangan yang mudah, gambar-gambar yang tepat serta pengalaman yang dikongsikan adalah berdasarkan apa yang beliau ‘rasa’ sepanjang perjalanan beliau memperjuangkan ilmu ini di Malaysia. Justeru, beliau adalah orang yang layak untuk berbicara dan mempersembahkan apa itu Reiki sebenarnya. Buku ini menjadikan kita mudah mengenali dan memahami apa itu REI dan apa itu KI. Bukannya sekadar mendengar daripada orang yang tidak faham apa itu terapi energi. Buku ini adalah manual yang wajib dibaca oleh mereka yang sudah mendalami Reiki ataupun berminat mahu mendalami Reiki kerana ia adalah satu catatan yang ikhlas dan jujur dari sudut pandang dan budaya anak Malaysia sendiri. Bagi mereka yang belum memahami apa itu ilmu bioenergy dan ilmu penyembuhan tenaga alam, buku ini menyediakan jawapan dan penerangan tepat dari sumber yang berpengalaman. Nasihat saya buat semua, JANGAN BELAJAR REIKI SEBELUM ANDA MEMBACA BUKU INI!

Cinta dan Kemakmuran.

AMAR MAHMOOD
www.amarmahmood.com
Penulis “Rahsia Minda Jutawan” & Tarik Kekayaan dengan KUASA MINDA”
Mind Power Coach & Speaker
Reiki Master

Sekian.
AMAR MAHMOOD

PS: Tahniah buat semua graduasi MIR pada malam tersebut. Moga apa yang anda perolehi akan membantu ramai individu di luar. Seperti yang saya sebut kepada Ima malam itu….use it with LOVE!

June 27th, 2008 at 1:09 am

Ilmu, Iman dan Amal

Dalam kita ingin mencapai kejayaan dalam kehidupan, ada tiga pekara penting yang WAJIB kita lakukan supaya mudah dan lancar perjalanan kita mencapai matlamat dan tujuan yang kita tetapkan.

Tiga pekara tersebut adalah ILMU, IMAN dan AMAL.

ILMU adalah penyuluh dan menunjuk kepada sesuatu pekara atau matlamat yang kita ingin capai. Mencari dan mendapatkan ILMU adalah satu pekara yang mesti kita dahului supaya kita faham dan mengerti apakah yang kita cari dalam kehidupan. Katakan kita ingin mencapai matlamat kebebasan kewang, maka ILMU bagaimana ingin mencapainya dan mendapatkan kekayaan itu WAJIB kita pelajari. Nanti dengan ILMU yang ada, barulah mudah kita mencapai dan mendapatkan kejayaan tersebut.

Pekara keduanya adalah IMAN. Saya pernah terangkan maksud IMAN yang mudah kita fahami. IMAN di sini adalah bermaksud YAKIN dan PERCAYA dengan ILMU yang kita pelajari. Tanpa ILMU maka tiadalah IMAN. Dalam rukun IMAN, terdapat PERCAYA pada MALAIKAT. Maka, kita wajib mendapatkan ilmu untuk mengenali dan mengetahui apakah itu MALAIKAT. Tanpa ilmu, IMAN yang ada tidak kukuh dan sangat rapuh. Contohnya dalam aspek kekayaan. Jika kita ingin mendapatkan kekayaan, kita perlu ada ILMU untuk menjadi kaya. Baru ada KEYAKINAN dan KEPERCAYAAN yang betul tentang KEKAYAAN. Tanpa ilmu mungkinKEYAKINAN dan KEPERCAYAAN kita untuk menjadi kaya adalah sangat rendah.

Akhir sekali baru datang AMAL. Ada ILMU baru datang IMANnya. Jika ada IMANnya, maka KUAT AMAL dan KUKUH perjalanan AMALnya.

Setengah orang banyak ILMU tapi kurang amalannya (maka ia masih gagal). Ada orang pula kurang ILMU tapi kuat amalnya (mungkin penat dan kurang impaknya). Maka , penghubung antara duanya adalah IMAN (YAKIN DAN PERCAYA). Dengan adanya ILMU maka datang IMAN dan Kuat AMALANnya.

Maka yang dahulu kita dahulukan dan yang kemudian kita kemudiankan. Kerana itu semenjak kecil kita telah disuntik dan disirami dengan ILMU dan pengetahuan. Ini supaya KEPERCAYAAN dan KEYAKINAN yang tumbuh di dalam diri kita akan MEMBUAHkan AMALAN yang cantik dan molek di sisi ALLAH SWT.

AMAR MAHMOOD 
sukses.kaya.makmur
amar_sukses@yahoo.com